Pelantikan

 1-49 Lantikan Tetap Ke Agensi Antarabangsa 53. Syarat lantikan tetap ke agensi antarabangsa ditentukan oleh dasar agensi berkenaan. Bagi maksud pemberian faedah persaraan, pegawai yang telah diberi taraf berpencen dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pencen boleh memohon untuk bersara pilihan sendiri mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan atau yang telah memilih Skim KWSP hendaklah meletak jawatan. Dokumen Bagi Urusan Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa 54. Dokumen bagi tujuan pelantikan secara peminjaman ke agensi antarabangsa yang perlu dikemukakan ke Bahagian Perkhidmatan, JPA untuk tujuan pertimbangan bagi semua kumpulan perkhidmatan adalah seperti jadual berikut: Dokumen Bagi Urusan Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa Bil. Dokumen Pelantikan Kali Pertama Pelantikan Semula A B C D A B C D 1. Surat permohonan/ tawaran peminjaman daripada agensi antarabangsa atau surat permohonan pegawai         2. Surat persetujuan Ketua Perkhidmatan         3. Surat persetujuan pegawai         4. Perakuan agensi pembekal         5. Gambar berukuran pasport        

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy