Pelantikan

 1-48 Pelanjutan Tempoh Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa 49. Jika perkhidmatan pegawai masih diperlukan, urusan pelanjutan tempoh peminjaman pegawai hendaklah dibuat seperti mana prosedur pelantikan kali pertama. Walau bagaimanapun, pelepasan peminjaman daripada PBM agensi pembekal yang telah diluluskan sebelum ini ke agensi antarabangsa yang sama akan terus terpakai tanpa perlu mendapat kelulusan pelepasan semula daripada PBM agensi pembekal. Pergerakan Gaji 50. Pergerakan gaji secara isyarat di jawatan hakiki pegawai yang dipinjamkan kepada agensi antarabangsa akan ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan masing-masing. Kaedah pergerakan gaji adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. Pegawai juga perlu mengemukakan salinan laporan penilaian prestasi atau bukti lain mengenai prestasi mereka semasa berkhidmat dengan agensi antarabangsa kepada Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan. Syarat-syarat Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa 51. Contoh syarat-syarat peminjaman ke agensi antarabangsa adalah seperti Lampiran R. Tanggungjawab Pegawai 52. Pegawai juga bertanggungjawab menjaga imej negara dan Perkhidmatan Awam Malaysia semasa berkhidmat secara peminjaman dengan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan tahap integriti yang tinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy