Pelantikan

 1-47 Pelanjutan Tempoh Bil. Aktiviti Tindakan 1. Mengemukakan permohonan/ tawaran kepada agensi pembekal untuk mendapatkan atau mencadangkan calon yang sesuai untuk mengisi jawatan di agensi antarabangsa. Pegawai juga boleh memohon terus ke agensi antarabangsa berkenaan. Agensi Antarabangsa 2. Mengenal pasti calon yang sesuai atau mempertimbangkan pegawai yang dicadangkan oleh agensi antarabangsa. PSM Agensi Pembekal 3. Mendapatkan persetujuan pegawai dan Ketua Perkhidmatan pegawai. PSM Agensi Pembekal 4. Mendapatkan pelepasan daripada PBM pegawai dengan menggunakan format seperti Lampiran N. PSM Agensi Pembekal 5. Mengemukakan pencalonan pegawai kepada BK, JPA untuk pertimbangan PM/ KSN/ KPPA dengan menyertakan surat tawaran daripada agensi antarabangsa, perakuan agensi pembekal, surat persetujuan pegawai berserta gambar ukuran pasport, surat pelepasan PBM, salinan Buku Rekod Perkhidmatan, senarai tugas jawatan pinjaman dan surat tapisan keutuhan BPR. PSM Agensi Pembekal 6. Mengeluarkan surat persetujuan kepada agensi pembekal (Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan) dan salinan kepada Kementerian Luar Negeri (termasuk bagi agensi antarabangsa yang berada di Malaysia). BK, JPA 7. Mengemukakan persetujuan peminjaman kepada agensi antarabangsa. PSM Agensi Pembekal 8. Mengeluarkan surat arahan melapor diri bertugas kepada pegawai dan salinan kepada BK, JPA (pegawai Gunasama). PSM Agensi Pembekal/ Ketua Perkhidmatan 9. Menandatangani dokumen pelantikan berkaitan dan melaporkan diri bertugas di agensi antarabangsa mengikut tarikh yang ditetapkan. Pegawai 10. Mengemukakan salinan Borang Pengesahan Tarikh Melaporkan Diri Bertugas seperti Lampiran Q kepada BK, JPA (jika berkenaan). PSM Agensi Pembekal agensi antarabangsa kemukakan permohonan untuk dapatkan calon atau cadangkan pegawai kepada agensi pembekal PSM agensi pembekal kenalpasti calon atau pertimbangkan pegawai yang dicadangkan PSM agensi pembekal dapatkan persetujuan pegawai, Ketua Perkhidmatan & PBM Pertimbangan PM/ KSN/KPPA PSM agensi pembekal kemukakan perakuan kepada BK,JPA PSM agensi pembekal/ Ketua Perkhidmatan keluarkan surat arahan lapor diri bertugas & salinan kepada BK,JPA pegawai tandatangan penerimaan & lapor diri bertugas PSM agensi pembekal kemukakan borang Pengesahan Tarikh Lapor Diri Bertugas kepada BK, JPA BK,JPA kemukakan persetujuan kepada agensi pembekal & salinan kepada Kementerian Luar Negeri PSM agensi pembekal kemukakan persetujuan kepada agensi antarabangsa

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy