Pelantikan

 1-46 Usaha Peminjaman Pegawai Ke Agensi Antarabangsa 47. Usaha mendapatkan peluang pegawai awam berkhidmat secara peminjaman dengan agensi antarabangsa perlu dilakukan oleh pihak yang terlibat dan pegawai awam yang berminat dan berkelayakan. Pendekatan berikut boleh digunakan sebagai panduan: (a) Kementerian Luar Negeri dan agensi awam yang ada hubungan langsung dengan mana-mana agensi antarabangsa hendaklah mendapatkan maklumat terperinci mengenai jawatan yang sesuai disandang oleh pegawai awam negara ini. Seterusnya menyebarkan maklumat kekosongan jawatan kepada agensi awam untuk tujuan pencalonan. Calon boleh diperoleh sama ada melalui proses pemilihan secara langsung oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan atau pun berdasarkan kepada permohonan yang dibuat oleh pegawai; atau (b) pegawai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai kekosongan jawatan di mana-mana agensi antarabangsa yang Kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan dan seterusnya mengemukakan permohonan kepada agensi antarabangsa berkenaan. Prosedur Peminjaman 48. Prosedur peminjaman pegawai dalam perkhidmatan Gunasama dan Bukan Gunasama ke agensi antarabangsa dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan P&P dan Kumpulan Sokongan atau setaraf adalah seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy