Pelantikan

 1-42 Prosedur Pelanjutan Tempoh Peminjaman Ke Agensi Swasta 40. Jika perkhidmatan pegawai masih diperlukan, urusan pelanjutan tempoh peminjaman pegawai hendaklah dibuat seperti mana prosedur pelantikan kali pertama. Walau bagaimanapun, pelepasan peminjaman daripada PBM yang telah diluluskan sebelum ini ke agensi swasta yang sama akan terus terpakai tanpa perlu mendapat kelulusan pelepasan semula daripada PBM agensi pembekal. 41. Permohonan pelanjutan tempoh peminjaman perlu dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh peminjaman. Syarat-syarat Peminjaman Ke Agensi Swasta 42. Contoh syarat-syarat peminjaman ke agensi swasta adalah seperti Lampiran R. Lantikan Tetap Ke Agensi Swasta 43. Syarat lantikan tetap ke agensi swasta ditentukan oleh dasar agensi berkenaan. Bagi maksud pemberian faedah persaraan, pegawai yang telah diberi taraf berpencen dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pencen boleh memohon untuk bersara pilihan sendiri mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan atau yang telah memilih Skim KWSP hendaklah meletak jawatan. Dokumen Bagi Urusan Peminjaman Ke Agensi Swasta 44. Dokumen bagi tujuan pelantikan secara peminjaman ke agensi swasta yang perlu dikemukakan ke Bahagian Perkhidmatan, JPA atau diteliti oleh PSM agensi pembekal untuk tujuan pertimbangan bagi semua kumpulan perkhidmatan adalah seperti jadual berikut:-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy