Pelantikan

 1-34 Prosedur Pelanjutan Tempoh Peminjaman Ke Agensi Awam 29. Jika perkhidmatan pegawai masih diperlukan, urusan pelanjutan tempoh peminjaman pegawai hendaklah dibuat seperti mana prosedur pelantikan kali pertama. Walau bagaimanapun, pelepasan peminjaman daripada PBM yang telah diluluskan sebelum ini ke agensi peminjam yang sama akan terus terpakai tanpa perlu mendapat kelulusan pelepasan semula daripada PBM agensi pembekal. 30. Pelanjutan tempoh peminjaman tidak lagi melayakkan pegawai diberi insentif sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 4(f). Pegawai akan ditawarkan gaji pinjaman berdasarkan gaji yang diterima di jawatan pinjaman terakhir. 31. Cadangan pelanjutan tempoh peminjaman perlu dikemukakan oleh agensi peminjam kepada agensi pembekal tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh peminjaman pegawai. Borang perakuan pelanjutan tempoh peminjaman seperti Lampiran O. Pelarasan Gaji Pinjaman Bagi Tempoh Peminjaman Yang Masih Berkuat kuasa 32. Bagi pegawai yang dipinjamkan ke gred jawatan yang sama atau setaraf dengan gred jawatan hakiki dan tempoh peminjamannya masih berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasanya Ceraian ini, gaji pinjaman hendaklah ditetapkan semula dengan memberi insentif tiga (3) Pergerakan Gaji Biasa berdasarkan gaji hakiki semasa pegawai atas gred jawatan hakikinya dan diselaraskan di gred jawatan pinjaman. Penetapan gaji ini boleh dibuat secara pentadbiran tanpa memerlukan pindaan kepada syarat peminjaman. Contoh pelarasan semula gaji pegawai adalah seperti Lampiran P. Dokumen Bagi Urusan Peminjaman Ke Agensi Awam 33. Dokumen bagi tujuan pelantikan secara peminjaman ke agensi awam yang perlu dikemukakan ke Bahagian Perkhidmatan, JPA atau diteliti oleh PSM agensi pembekal untuk tujuan pertimbangan bagi semua kumpulan perkhidmatan adalah seperti jadual berikut:-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy