Pelantikan

 1-28 Caruman Kepada KWAP Dan KWSP 21. Bagi pegawai perkhidmatan awam yang telah diberi taraf berpencen dan dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan atau sebaliknya, agensi peminjam bertanggungjawab mencarum kepada KWAP sebanyak 17.5% daripada gaji jawatan hakiki pegawai. Jika pegawai berada dalam skim KWSP, agensi peminjam dikehendaki mencarum kepada kumpulan wang berkenaan mengikut undang-undang KWSP yang berkuat kuasa. Faedah Persaraan 22. Jika pegawai telah diberi taraf berpencen, tempoh perkhidmatan pinjaman diambil kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan di bawah undang-undang pencen yang berkuat kuasa. Bayaran Balik Pinjaman 23. Agensi peminjam bertanggungjawab memastikan pegawai meneruskan bayaran balik apa-apa pinjaman, jika ada, melalui potongan gaji bulanan. Penamatan Atau Pemendekan Tempoh Peminjaman 24. Agensi pembekal, agensi peminjam atau pegawai boleh memohon menamat atau memendekkan tempoh peminjaman pegawai dengan memberi notis. Sekiranya pemendekan tempoh peminjaman pegawai dipohon oleh agensi pembekal atau pegawai, agensi peminjam hendaklah melepaskan pegawai. Permohonan penamatan atau pemendekan tempoh peminjaman hendaklah dikemukakan kepada PBM agensi peminjam untuk kelulusan. Kelulusan PBM hendaklah dimaklumkan kepada KSU agensi peminjam dan Ketua Perkhidmatan pegawai berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy