Pelantikan

 1-27 17. Pegawai dari perkhidmatan tertentu seperti tentera, polis, penguatkuasaan maritim, bomba atau penjara yang dipinjamkan ke agensi awam atas jawatan terbuka hendaklah dibayar elaun dan kemudahan mengikut kelayakan skim perkhidmatan hakiki yang setara dengan gred jawatan pinjaman. Elaun dan kemudahan dalam konteks ini merujuk kepada elaun dan kemudahan yang bersesuaian dengan bidang tugas jawatan pinjaman. Oleh kerana peminjaman dibuat atas jawatan terbuka, agensi peminjam hendaklah merujuk kepada BPO, JPA bagi menentukan kesetaraan gred antara perkhidmatan tertentu tersebut dengan perkhidmatan awam. Kemudahan Cuti 18. Pegawai yang dipinjamkan kepada agensi awam layak mendapat kemudahan cuti berdasarkan kelayakan di jawatan pinjaman mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Pengisian Jawatan Hakiki Yang Dikosongkan Akibat Peminjaman 19. Jawatan hakiki yang dikosongkan akibat peminjaman boleh diisi secara sementara antaranya melalui pemangkuan, penanggungan kerja atau pelantikan secara kontrak. Jawatan hakiki yang dikosongkan akibat peminjaman tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat pegawai yang mengisinya secara pemangkuan. Tarikh Kuat Kuasa Peminjaman 20. Tarikh kuat kuasa peminjaman ialah tarikh yang ditetapkan oleh PBM agensi peminjam. Jika pegawai gagal melaporkan diri bertugas dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh peminjaman yang diluluskan tanpa sebarang sebab yang munasabah, mereka boleh dianggap telah menolak tawaran peminjaman dan tawaran tersebut boleh dibatalkan sama ada oleh agensi pembekal atau agensi peminjam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy