Pelantikan

 1-26 13. Walau apa pun Pergerakan Gaji Tahunan jawatan hakiki pegawai yang dipinjamkan ke agensi awam yang tidak menggunakan JGM, gaji di jawatan pinjaman pegawai hendaklah tidak kurang daripada emolumen di jawatan hakiki dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Tarikh Pergerakan Gaji 14. Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan pegawai yang dipinjamkan adalah tidak berubah iaitu pada Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan hakikinya. Walau bagaimanapun, Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan pegawai yang dipinjamkan akan berubah sekiranya Tarikh Pergerakan Gaji di jawatan hakiki berubah kesan daripada kenaikan pangkat, perubahan skim perkhidmatan dan sebagainya. Elaun Dan Kemudahan 15. Pegawai layak mendapat elaun dan kemudahan mengikut kelayakan jawatan pinjaman atau seperti yang dinyatakan dalam syarat peminjaman kecuali pinjaman perumahan dan kenderaan yang diberi mengikut kelayakan jawatan hakiki. 16. Pegawai dari perkhidmatan tertentu seperti tentera, polis, penguatkuasaan maritim, bomba atau penjara yang dipinjamkan ke agensi awam hendaklah dibayar elaun dan kemudahan mengikut kelayakan jawatan pinjaman. Sekiranya kelayakan di jawatan pinjaman secara pakejnya didapati kurang berbanding dengan gaji, elaun dan kemudahan di jawatan hakiki, pegawai hendaklah diberi elaun dan kemudahan mengikut kelayakan jawatan hakiki setakat yang bersesuaian dengan bidang tugas jawatan pinjaman. Begitu juga sekiranya pegawai awam yang dipinjamkan ke perkhidmatan tertentu khususnya tentera, pegawai layak dibayar gaji, elaun dan kemudahan tentera tertakluk dengan syarat perkhidmatannya dengan perkhidmatan asal tidak terputus.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy