Pelantikan

 1-25 Pergerakan Gaji Tahunan 10. Pergerakan Gaji Tahunan pegawai di jawatan hakiki dalam tempoh peminjaman diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di agensi pembekal berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan dan ianya diberi secara isyarat. 11. Penentuan Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan pinjaman adalah mengikut kaedah berikut: (a) Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan pinjaman adalah mengikut pergerakan gaji di jawatan hakiki jika gred jawatan pinjaman adalah sama/ setaraf dengan gred jawatan hakiki. Sekiranya pegawai diputuskan mendapat Anjakan Gaji di jawatan hakiki, pegawai juga layak mendapat Anjakan Gaji di jawatan pinjaman secara sebenar (Anjakan Gaji di jawatan hakiki dibuat secara isyarat); dan (b) Pergerakan Gaji Biasa di jawatan pinjaman sekiranya peminjaman adalah di atas gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki dengan syarat gaji di jawatan pinjaman tidak kurang daripada gaji di jawatan hakiki. Sekiranya pegawai diputuskan mendapat Anjakan Gaji di jawatan hakiki, pegawai hanya layak mendapat Pergerakan Gaji Biasa di jawatan pinjaman (Anjakan Gaji di jawatan hakiki dibuat secara isyarat). 12. Sekiranya gaji di jawatan hakiki adalah lebih tinggi daripada gaji di jawatan pinjaman seperti disebabkan oleh perubahan gaji atau sebagainya berikutan keputusan Kerajaan, pelarasan gaji adalah dibuat berdasarkan kepada prinsip “mata gaji tertinggi berhampiran” di jawatan pinjaman. Jika pelarasan gaji di jawatan pinjaman masih tidak dapat menampung gaji di jawatan hakiki, agensi peminjam hendaklah memohon jadual gaji KUP kepada Bahagian Saraan, JPA bagi tujuan untuk menampung pelarasan gaji tersebut. Contoh pelarasan gaji adalah seperti Lampiran H. (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy