Pelantikan

 1-24 (iv) bagi pegawai yang telah berada di P3 di jawatan hakiki yang kemudiannya dipinjamkan ke gred setara yang mempunyai dua (2) Peringkat gaji (P1 dan P2), pegawai akan ditawarkan gaji di atas P2 di jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P2 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji KUP di P2. Contoh penetapan gaji ini melibatkan pegawai yang peminjamannya daripada Gred 43 ke Gred 44 atau Gred 45 ke Gred 48 atau Gred 47 ke Gred 48 atau Gred 51 ke Gred 52 atau Gred 53 ke Gred 54; Bagi tujuan pewujudan gaji KUP, agensi peminjam hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, JPA; (d) jika peminjaman ke gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki, penetapan gaji permulaan hanya boleh dibuat di atas mata gaji di P1 di jawatan pinjaman. Jika jumlah gaji yang boleh diselaraskan lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di P1 jawatan pinjaman, agensi peminjam boleh memohon kepada Bahagian Saraan, JPA supaya diwujudkan jadual gaji KUP. Contoh penetapan gaji adalah seperti Lampiran G; dan (e) bagi peminjaman ke agensi awam yang tidak menggunakan JGM, penetapan gaji permulaan di jawatan pinjaman pegawai hendaklah tidak kurang daripada emolumen di jawatan hakiki dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Dalam konteks ini, jumlah gaji yang boleh diselaraskan adalah mengambil kira insentif dua (2) Pergerakan Gaji Biasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy