Pelantikan

 1-23 (a) pada mata gaji minimum atau gaji permulaan jawatan pinjaman, sekiranya mata gaji minimum atau gaji permulaan di jawatan pinjaman itu sama atau lebih tinggi daripada jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Contoh penetapan gaji adalah seperti Lampiran E; (b) pada mata gaji yang sama atau tertinggi berhampiran di jawatan pinjaman sekiranya mata gaji minimum atau gaji permulaan di jawatan pinjaman lebih rendah daripada jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Contoh penetapan gaji adalah seperti Lampiran F; (c) jika peminjaman itu melibatkan jawatan yang sama grednya atau setaraf dengan gred jawatan hakiki pegawai, penetapan gaji permulaan adalah: (i) jika gaji di jawatan hakiki pegawai berada di P1, pegawai akan ditawarkan gaji di atas P1 di jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P1 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji KUP di P1; (ii) jika gaji di jawatan hakiki pegawai berada di P2, pegawai akan ditawarkan gaji di atas P2 di jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P2 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji KUP di P2; (iii) jika gaji di jawatan hakiki pegawai berada di P3, pegawai akan ditawarkan gaji di atas P3 di jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P3 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji KUP di P3; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy