Pelantikan

 1-22 BAHAGIAN IV PEMINJAMAN DI ANTARA AGENSI AWAM Syarat Peminjaman Kesesuaian Pegawai 6. Pegawai yang diperakukan hendaklah: (a) telah disahkan dalam perkhidmatan; (b) mempunyai prestasi kerja di tahap yang baik; (c) memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa untuk jawatan pinjaman; dan (d) mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas jawatan pinjaman. Tempoh Peminjaman 7. Tempoh peminjaman pertama yang boleh diluluskan adalah sehingga tiga (3) tahun. Tempoh keseluruhannya tidak digalakkan melebihi lima (5) tahun untuk memastikan sesuatu peminjaman itu tidak berpanjangan. Pihak Berkuasa Meluluskan Peminjaman 8. Pihak berkuasa yang meluluskan peminjaman ialah Pihak Berkuasa Melantik (PBM) agensi peminjam. Pegawai hanya boleh melaporkan diri bertugas selepas cadangan peminjaman pegawai diluluskan oleh PBM agensi peminjam. Penetapan Gaji Permulaan Pinjaman 9. Gaji permulaan di jawatan pinjaman pegawai hendaklah ditetapkan berdasarkan jumlah gaji yang boleh diselaraskan mengikut prinsip-prinsip berikut: (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2) (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy