Pelantikan

 1-19 (u) jika pegawai bersara dalam tempoh peminjaman, faedah persaraan adalah berdasarkan jawatan hakiki mengikut peraturan pencen yang berkuat kuasa; (v) Pihak Berkuasa Tatatertib bagi pegawai pinjaman ialah Pihak Berkuasa Tatatertib perkhidmatan hakiki (agensi pembekal). Jika pegawai melakukan sebarang salah laku yang membolehkan tindakan tatatertib diambil ke atasnya, agensi peminjam boleh menamatkan peminjaman pegawai. Agensi pembekal boleh meminta agensi peminjam membuat laporan dan memberikan bukti atau saksi mengenai salah laku pegawai, jika perlu; (w) penilaian prestasi tahunan pegawai disediakan oleh agensi peminjam. Jika pegawai dipinjamkan ke jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun, penilaian prestasi pegawai akan disediakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas agensi peminjam; (x) agensi pembekal, agensi peminjam atau pegawai boleh memohon menamat atau memendekkan tempoh peminjaman pegawai dengan memberi 30 hari notis atau tempoh yang sesuai (bagi pegawai yang dipinjamkan ke agensi swasta dan antarabangsa). Tempoh notis boleh dipendekkan dengan persetujuan agensi pembekal, agensi peminjam atau pegawai; dan (y) apabila kembali ke perkhidmatan hakiki, pegawai akan menerima gaji, elaun dan kemudahan di perkhidmatan hakiki, seolah-olah pegawai tidak pernah dipinjamkan. Pegawai tidak berhak menuntut supaya insentif peminjaman dikekalkan atau dibawa ke perkhidmatan hakiki.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy