Pelantikan

 1-18 jumlah bayaran yang kurang itu. Kaedah ini memerlukan satu memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui oleh Kerajaan; (p) bagi peminjaman ke Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi swasta dan agensi antarabangsa, adalah menjadi tanggungjawab agensi peminjam untuk mencarum kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak 17.5% daripada gaji jawatan hakiki pegawai jika pegawai telah diberi taraf berpencen. Sekiranya pegawai berada dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi peminjam dikehendaki mencarum kepada kumpulan wang berkenaan mengikut undang-undang KWSP yang berkuat kuasa; (q) pembayaran pelarasan gaji dan elaun dalam tempoh peminjaman, jika ada, adalah tanggungjawab agensi peminjam. Manakala pelarasan gaji dan elaun di jawatan hakiki secara isyarat dibuat oleh agensi pembekal; (r) pelantikan secara peminjaman tidak akan menyebabkan perkhidmatan hakiki pegawai terputus kecuali pegawai berkenaan ditukar tetap ke agensi peminjam, meletak jawatan, ditamatkan perkhidmatan, dibuang kerja atau bersara; (s) pegawai boleh memohon untuk menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam skim perkhidmatan hakiki semasa dalam tempoh peminjaman. Agensi peminjam hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya bagi membenarkan pegawai menduduki PTK tersebut; (t) pegawai boleh dipertimbangkan oleh agensi pembekal untuk dinaikkan pangkat dalam perkhidmatan hakiki semasa dalam tempoh peminjaman;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy