Pelantikan

 1-17 kuasa hendaklah dipendekkan mulai tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat dikeluarkan. Peminjaman baru hendaklah dibuat berdasarkan gred jawatan hakiki semasa dengan diberi insentif tiga (3) atau dua (2) Pergerakan Gaji Biasa dengan syarat peminjaman pegawai adalah atas gred jawatan yang sama atau lebih tinggi. Tarikh kuat kuasa peminjaman baru itu ialah sehari selepas tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat dikeluarkan. (m) sekiranya kenaikan pangkat tersebut menyebabkan gred jawatan pinjaman lebih rendah dari gred jawatan hakiki pegawai, peminjaman pegawai yang sedang berkuat kuasa hendaklah ditamatkan. Walau bagaimanapun, atas keperluan perkhidmatan, pegawai dibenar menghabiskan baki tempoh peminjaman yang sedang berkuat kuasa secara KUP atas gred jawatan hakiki. Agensi peminjam hendaklah memohon kepada Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), JPA untuk meminda butiran perjawatan bagi membolehkan pegawai mengisi jawatan pinjaman tersebut secara KUP. Pelanjutan tempoh peminjaman pegawai selepas menghabiskan baki tempoh peminjaman tersebut tidak dibenarkan. Pelarasan gaji dan pewujudan jawatan secara KUP berikutan kenaikan pangkat di gred jawatan hakiki adalah seperti Lampiran C dan Lampiran D; (n) pembayaran gaji, elaun dan kemudahan yang layak diterima oleh pegawai dalam tempoh peminjaman adalah tanggungjawab agensi peminjam kecuali dinyatakan sebaliknya; (o) bagi peminjaman ke agensi antarabangsa, sekiranya gaji, elaun dan kemudahan yang layak diterima oleh pegawai dalam tempoh peminjaman tidak dapat dipenuhi agensi peminjam sedangkan peminjaman pegawai adalah perlu, Kerajaan akan menampung sebahagian atau kesemua

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy