Pelantikan

 1-16 Peringkat gaji (P1 dan P2), pegawai akan ditawarkan gaji di atas P2 dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P2 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji KUP di P2. Contoh penetapan gaji ini melibatkan pegawai yang peminjamannya daripada Gred 43 ke Gred 44 atau Gred 45 ke Gred 48 atau Gred 47 ke Gred 48 atau Gred 51 ke Gred 52 atau Gred 53 ke Gred 54. Bagi tujuan pewujudan gaji KUP, agensi peminjam hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); (j) jika peminjaman ke gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki, penetapan gaji permulaan hanya boleh dibuat di atas mata gaji di P1 di jawatan pinjaman. Jika jumlah gaji yang boleh diselaraskan lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di P1 jawatan pinjaman, agensi peminjam boleh memohon kepada Bahagian Saraan, JPA supaya diwujudkan jadual gaji KUP. Tawaran gaji pinjaman pegawai hendaklah ditetapkan mengikut jadual gaji KUP yang diluluskan; (k) sekiranya gaji di jawatan hakiki pegawai meningkat lebih tinggi daripada gaji di jawatan pinjaman seperti disebabkan oleh perubahan gaji atau sebagainya berikutan keputusan Kerajaan selepas tarikh kuat kuasa peminjaman, maka pelarasan semula gaji berdasarkan kepada prinsip “mata gaji tertinggi berhampiran” adalah dibenarkan. Jika pelarasan gaji di jawatan pinjaman masih tidak dapat menampung gaji di jawatan hakiki, agensi peminjam hendaklah memohon jadual gaji KUP kepada Bahagian Saraan, JPA bagi tujuan untuk menampung pelarasan gaji tersebut; (l) sekiranya pegawai dinaikkan pangkat dalam tempoh peminjaman selepas tarikh kuat kuasa Ceraian ini, peminjaman pegawai yang sedang berkuat (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2) (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2) (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy