10 UP.1.1.1 PEMBATALAN 15. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 16. Semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menerima pakai Ceraian ini supaya segala keputusan Kerajaan berkaitan dengan pelantikan kontrak dapat dikuat kuasakan dengan seragam. Walau bagaimanapun, bagi Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, kuasa menimbang pelantikan secara kontrak adalah seperti berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy