Pelantikan

 1-15 penetapan gaji permulaan adalah mengikut tawaran agensi peminjam dengan syarat tawaran tersebut hendaklah tidak kurang baiknya (no less favourable) daripada emolumen di jawatan hakiki dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Dalam konteks ini, jumlah gaji yang boleh diselaraskan adalah mengambil kira insentif dua (2) Pergerakan Gaji Biasa; (i) jika peminjaman itu melibatkan jawatan yang sama grednya atau setaraf dengan gred jawatan hakiki pegawai, penetapan gaji permulaan adalah: (a) jika gaji di jawatan hakiki pegawai berada di Peringkat 1 (P1), pegawai akan ditawarkan gaji di atas P1 di jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P1 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) di P1; (b) jika gaji di jawatan hakiki pegawai berada di Peringkat 2 (P2), pegawai akan ditawarkan gaji di atas P2 di jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P2 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji KUP di P2; (c) jika gaji di jawatan hakiki pegawai berada di Peringkat 3 (P3), pegawai akan ditawarkan gaji di atas P3 di jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan. Sekiranya mata gaji maksimum di P3 tidak dapat menampungnya, pegawai akan ditawarkan gaji KUP di P3; dan (d) bagi pegawai yang telah berada di P3 di jawatan hakiki yang kemudiannya dipinjamkan ke gred setara yang mempunyai dua (2) (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy