Pelantikan

 1-14 (d) pegawai akan ditawarkan syarat peminjaman yang mana secara pakejnya tidak kurang baik (no less favourable) berbanding dengan jawatan hakiki khususnya dari segi gaji, elaun dan kemudahan. Kemudahan dalam konteks ini merujuk kepada kemudahan cuti, kediaman, perubatan dan kemudahan lain yang bersesuaian dengan bidang tugas jawatan pinjaman; (e) tempoh peminjaman pertama yang boleh diluluskan adalah sehingga tiga (3) tahun. Tempoh keseluruhannya tidak digalakkan melebihi lima (5) tahun untuk memastikan sesuatu peminjaman itu tidak berpanjangan. (f) pegawai yang memenuhi syarat peminjaman seperti yang ditetapkan dalam Ceraian ini boleh diselaraskan gaji dengan diberi insentif : (i) tiga (3) Pergerakan Gaji Biasa di jawatan hakiki bagi peminjaman ke gred jawatan yang sama atau setaraf; atau (ii) dua (2) Pergerakan Gaji Biasa di jawatan hakiki bagi peminjaman ke gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki. (g) setelah ditetapkan jumlah gaji yang boleh diselaraskan mengikut prinsip di perenggan (f), gaji permulaan yang boleh ditawarkan hendaklah ditetapkan pada mata gaji yang sama atau tertinggi berhampiran di jawatan pinjaman; Contoh penetapan gaji dengan pemberian insentif tiga (3) atau dua (2) Pergerakan Gaji Biasa adalah seperti Lampiran B dan Lampiran B1. (h) penetapan gaji permulaan hanya boleh dibuat di Peringkat 1 (P1) dalam JGM di jawatan pinjaman sekiranya jawatan pinjaman menggunakan JGM. Bagi peminjaman ke agensi awam yang tidak menggunakan JGM, (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2) (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2) (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy