Pelantikan

 1-13 BAHAGIAN II PRINSIP PEMINJAMAN 4. Prinsip yang diguna pakai dan menjadi asas untuk menimbangkan peminjaman seseorang pegawai ialah: (a) peminjaman perlu dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak yang terbabit, iaitu agensi pembekal, agensi peminjam dan pegawai; (b) peminjaman di antara agensi awam: (i) hendaklah ke gred jawatan yang sama atau setaraf atau gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki pegawai; (ii) bagi jawatan terbuka, jika pelantikan dibuat secara peminjaman ianya hendaklah menggunakan skim perkhidmatan hakiki pegawai; dan (iii) bagi jawatan yang telah ditetapkan skim perkhidmatannya, kekosongan jawatan hendaklah diisi oleh pegawai dalam skim perkhidmatan tersebut. Sekiranya tiada pegawai dalam skim perkhidmatan berkenaan yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut, pengisian boleh dibuat secara peminjaman oleh pegawai daripada skim perkhidmatan yang lain. Pengisian secara peminjaman ini hendaklah menggunakan skim perkhidmatan jawatan pinjaman. (c) peminjaman ke gred jawatan yang lebih rendah daripada gred jawatan hakiki pegawai tidak dibenarkan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy