Pelantikan

 1-12 "pertukaran tetap" bermaksud pelantikan tetap pegawai yang sedang berkhidmat secara peminjaman atau pertukaran sementara ke jawatan yang disandang di agensi peminjam; dan "Pihak Berkuasa Melantik (PBM)" bermaksud mana-mana pihak di agensi pembekal dan di agensi peminjam yang mempunyai kuasa melantik seseorang pegawai secara peminjaman, pertukaran sementara atau pertukaran tetap. Konsep Dan Penggunaan Istilah "Peminjaman" 2. Dimensi peminjaman pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Fasal (1) Perkara 134 Perlembagaan Persekutuan dan peraturanperaturan yang berkuat kuasa adalah seperti Lampiran A. 3. Oleh kerana istilah peminjaman dan pertukaran sementara melibatkan proses serta prosedur yang hampir sama, maka bagi maksud penjelasan dalam Ceraian ini hanya istilah peminjaman yang akan digunakan. Ini bertujuan untuk mengelak penggunaan kedua-dua istilah tersebut secara serentak dan berulang-ulang. Istilah pertukaran sementara hanya digunakan jika konteksnya memerlukan rujukan khusus dibuat kepada istilah tersebut. Walau bagaimanapun, dalam urusan pelaksanaan, istilah peminjaman dan pertukaran sementara hendaklah digunakan mengikut dimensi peminjaman seperti Lampiran A.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy