Pelantikan

 1-10 "Ketua Setiausaha Kementerian" bermaksud : (i) bagi Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya; dan (ii) bagi Kementerian, pegawai yang mengetuai Kementerian berkenaan; "pegawai" bermaksud pegawai yang berkhidmat secara peminjaman, pertukaran sementara atau pertukaran tetap, atau pegawai yang dicalonkan untuk tujuan tersebut; "pelanjutan tempoh peminjaman/ pertukaran sementara" bermaksud penyambungan tempoh peminjaman/ pertukaran sementara pegawai atas gred jawatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan syarat tempoh peminjaman/ pertukaran sementara tersebut tidak terputus melebihi enam (6) bulan. Peminjaman/ pertukaran sementara pegawai atas gred jawatan dan skim perkhidmatan yang sama yang terputus melebihi enam (6) bulan adalah merupakan peminjaman/ pertukaran sementara baru; "peminjaman" bermaksud pelantikan mana-mana pegawai mengikut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan iaitu pegawai dalam perkhidmatan angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran ke: (a) perkhidmatan awam tiap-tiap satu negeri; (b) Pihak Berkuasa Berkanun; (c) Pihak Berkuasa Tempatan; atau (d) mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy