Pelantikan

 1-9 "jawatan pinjaman" bermaksud gred jawatan dan skim perkhidmatan pinjaman/ tukar sementara yang ditawarkan kepada pegawai atau apa-apa jawatan jika melibatkan peminjaman ke agensi swasta atau agensi antarabangsa; "jawatan terbuka" bermaksud jawatan yang hanya grednya telah ditentukan tanpa menetapkan skim perkhidmatan. Jawatan ini boleh diisi oleh pegawai yang sesuai dari mana-mana skim perkhidmatan dan tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan dalam perkhidmatan; "jumlah gaji yang boleh diselaraskan" bermaksud satu jumlah gaji yang diperoleh dengan cara mencampurkan gaji hakiki yang sepatutnya diterima oleh pegawai satu (1) hari sebelum tarikh kuat kuasa peminjaman/ pertukaran sementara dengan:- (a) tiga (3) Pergerakan Gaji Biasa jika peminjaman/ pertukaran sementara di gred jawatan yang sama/ setaraf; atau (b) dua (2) Pergerakan Gaji Biasa jika peminjaman/ pertukaran sementara ke gred jawatan yang lebih tinggi atau ke agensi yang tidak menggunakan Jadual Gaji Matriks (JGM); mengikut Peringkat dalam jadual gaji gred jawatan hakiki pegawai pada tarikh kuat kuasa peminjaman/ pertukaran sementara. Jumlah gaji yang boleh diselaraskan akan digunakan sebagai asas untuk menetapkan gaji permulaan yang boleh ditawarkan di gred jawatan pinjaman/ tukar sementara. "Ketua Jabatan" bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah agensi awam di peringkat ibu pejabat termasuk Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan Ketua Perkhidmatan; "Ketua Perkhidmatan" bermaksud pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan; (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.2.2)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy