Pelantikan

 59 UP.1.2.1 16. Pemakaian Ceraian ini bagi urusan: (a) pertukaran sementara pegawai dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; (b) peminjaman pegawai antara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; (c) peminjaman pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan ke Perkhidmatan Awam Persekutuan, agensi swasta atau agensi antarabangsa; atau (d) pertukaran tetap dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing. Walau bagaimanapun, peminjaman/ pertukaran sementara tersebut hendaklah diuruskan oleh atau antara agensi berkenaan dengan persetujuan ketiga-tiga pihak iaitu pegawai, agensi pembekal dan agensi peminjam. Kuasa menimbang peminjaman/ pertukaran sementara adalah Ketua Agensi Pembekal kecuali peminjaman ke agensi antarabangsa perlu mendapat pertimbangan Perdana Menteri, KSN atau KPPA manakala kuasa meluluskannya adalah Pihak Berkuasa Melantik agensi peminjam. Kelulusan ini hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri agensi pembekal berkenaan. 17. Bagi pegawai yang dipinjam/ ditukar sementara ke gred jawatan yang sama atau setaraf dengan gred jawatan hakiki dan tempoh peminjaman/ pertukaran sementaranya masih berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasanya Ceraian ini, gaji pinjaman/ tukar sementara hendaklah ditetapkan semula dengan memberi insentif tiga (3) Pergerakan Gaji Biasa berdasarkan gaji hakiki semasa pegawai atas gred jawatan hakikinya dan diselaraskan di gred jawatan pinjaman/ tukar sementara. Penetapan gaji ini boleh dibuat secara pentadbiran tanpa memerlukan pindaan kepada syarat peminjaman/ pertukaran sementara dengan tarikh kuatkuasa mulai tarikh berkuatkuasanya ceraian ini. 18. Ceraian ini tidak terpakai kepada urusan peminjaman/ pertukaran sementara bagi Pegawai Tugas-tugas Khas, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit atau Setiausaha Akhbar kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Walau bagaimanapun, dari segi dasar peminjaman/ pertukaran sementara ke gred lebih rendah yang tidak dibenarkan,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy