Pelantikan

 58 UP.1.2.1 Syarat Peminjaman Ke Agensi Swasta 11. Pegawai awam boleh dipinjamkan ke agensi swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di Malaysia tertakluk dengan syarat Kerajaan mempunyai kepentingan ke atas agensi berkenaan atau/dan Kerajaan mendapat faedah daripada peminjaman tersebut. 12. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan semua urusan pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap berpandukan dasar dan prosedur yang dilampirkan bersekali dengan Ceraian ini. KEKECUALIAN/PENGECUALIAN 13. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini yang dinyatakan dalam Lampiran UP.1.2.1 hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA. PEMBATALAN 14. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 15. Ceraian ini terpakai bagi urusan: (a) pertukaran sementara pegawai dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan; (b) peminjaman pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; (c) peminjaman pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan ke Perkhidmatan Awam Persekutuan; (d) peminjaman pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan ke agensi swasta atau agensi antarabangsa; atau (e) pertukaran tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy