49 UP.1.1.12 PELAKSANAAN Pegawai Yang Layak 5. Pegawai lantikan secara kontrak layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat berikut: 5.1 pegawai dilantik secara contract of service berdasarkan Ceraian UP.1.1.1; 5.2 tempoh sesuatu kontrak yang berkuat kuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan 5.3 persetujuan untuk pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam syarat perjanjian kontrak tetapi peruntukan itu hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani mulai 1 Januari 2009. Contoh peruntukan tersebut adalah seperti di Lampiran UP.1.1.12(A). Pegawai Yang Tidak Layak 6. Pegawai lantikan secara kontrak (contract of service) tidak layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan sekiranya ditamatkan/ diberhentikan perkhidmatan atas sebab-sebab berikut: 6.1 penamatan oleh Kerajaan sebelum tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak tamat atas sebab cuai atau enggan atau kerana apa-apa jua sebab atau tidak memenuhi apa-apa perintah yang diberi oleh seseorang pegawai Kerajaan yang berkuasa ke atasnya atau membocorkan apa-apa maklumat berkenaan hal ehwal Kerajaan kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya atau dengan apa-apa jua cara berkelakuan salah atau tidak mematuhi manamana peruntukan perjanjian kontrak; 6.2 penamatan oleh Kerajaan sebelum tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak tamat atas sebab ketidakupayaan kesihatan setelah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, kecuali bagi pegawai yang telah berkhidmat bagi kontrak tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun; 6.3 penamatan perkhidmatan atas sebab dijatuhkan hukuman buang kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib; dan (Dipinda oleh Ceraian UP.1.1.8)
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy