Pelantikan

 11 CERAIAN UP.1.1.1 DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN SECARA KONTRAK ( CONTRACT OF SERVICE ) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai dasar dan prosedur mengenai kaedah pelantikan secara kontrak perkhidmatan ( contract of service ) supaya pelaksanaannya lebih teratur, cekap dan seragam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam sebelum 1 April 2008 telah dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2003 - Panduan Pelantikan Pegawai Kontrak (PP 2/2003). Walau bagaimanapun, PP 2/2003 telah disemak semula melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) melibatkan semakan semula ke atas: (i) kuasa menimbang pelantikan secara kontrak bagi gred-gred tertentu yang terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); (ii) penetapan gaji permulaan pegawai kontrak yang dilantik kemudiannya secara kontrak ke gred jawatan yang lebih tinggi; (iii) penguatkuasaan Tapisan Keselamatan bagi semua pelantikan kontrak; (iv) perkhidmatan kontrak tidak terputus bagi pegawai yang mengambil cuti sakit melebihi kelayakan yang dibenarkan; (v) kemudahan cuti bersalin yang diberi kepada pegawai kontrak bukan warganegara; (vi) pemendekan notis penamatan kontrak; dan (vii) pembayaran ganjaran kepada pegawai kontrak yang menamatkan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy