Pelantikan

 48 CERAIAN UP.1.1.12 PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secara kontrak (contract of service). LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Ceraian UP.1.1.1: Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service). Mengikut Ceraian tersebut, baki Cuti Rehat yang tidak diambil oleh seseorang pegawai lantikan secara kontrak akan luput apabila sesuatu tempoh kontrak pegawai yang berkuat kuasa tamat. 3. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan, terdapat pegawai lantikan secara kontrak tidak dapat menghabiskan kemudahan Cuti Rehat yang diperuntukkan kepadanya. Sehubungan dengan itu, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan, Kerajaan bersetuju supaya kemudahan Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak diberi gantian dalam bentuk wang tunai. DASAR BAHARU 4. Kerajaan telah memutuskan supaya kemudahan Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak (contract of service) diberi gantian dalam bentuk wang tunai, tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Ceraian ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy