Pelantikan

 1-10 LAMPIRAN A1 Rujukan surat agensi Tarikh Nama : …………………………………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………………………………… Jawatan : …………………………………………………… Tuan, PENGAMBILAN PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) UNTUK TUJUAN PELANTIKAN SECARA TETAP Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan berkaitan perkara di atas. 2. Sebagaimana tuan sedia maklum, Kerajaan telah memutuskan untuk melantik secara tetap pegawai kontrak (Contract of Service) warganegara yang mempunyai pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. 3. Sehubungan itu, bagi membolehkan tuan dipertimbangkan dalam urusan pelantikan tetap, tuan hendaklah melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: a) mengemukakan permohonan tapisan keselamatan melalui sistem e-Vetting kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan; dan b) menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdasarkan borang permohonan pemeriksaan kesihatan mengikut Ceraian UP.1.3.10. 4. Tuan hendaklah mengemukakan keputusan tapisan keselamatan dan salinan laporan pemeriksaan kesihatan kepada pihak Pengurusan Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya. Tuan dipohon mengambil maklum bahawa urusan pelantikan tetap ini adalah tertakluk kepada memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (Ketua Jabatan)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy