188 FAEDAH PERSARAAN 20. Tempoh perkhidmatan kontrak adalah tidak dimasuk kira bagi pengiraan faedah persaraan. 21. Pegawai bertaraf berpencen yang bersara akan dipertimbangkan mendapat faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] yang mana berkenaan. Pegawai di bawah skim KWSP yang bersara layak menerima faedah persaraan mengikut undang-undang KWSP dan kemudahan perubatan untuk pesara. PROSEDUR PELAKSANAAN 22. Bagi melaksanakan pelantikan secara tetap, Ketua Jabatan, pegawai kontrak dan PBM hendaklah melaksanakan tindakan berikut: 22.1 Tanggungjawab Ketua Jabatan a) memastikan pegawai yang diperakukan memenuhi semua syarat-syarat pelantikan tetap sebagaimana di perenggan 13; b) mengenal pasti jawatan kosong bagi tujuan pelantikan; c) mengemukakan permohonan jawatan tetap berserta maklumat fungsi tugas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pewujudan jawatan sekiranya tiada kekosongan jawatan tetap sebelum membuat perakuan kepada PBM; d) mengarahkan pegawai yang telah memenuhi syarat dan diperakukan untuk memohon menjalani tapisan keselamatan melalui sistem e-Vetting dan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar. Contoh salinan surat arahan kepada pegawai adalah seperti di Lampiran A1; e) mengemukakan permohonan tapisan keutuhan bagi pegawai yang telah memenuhi syarat dan diperakukan oleh Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; f) memberi penjelasan kepada pegawai mengenai perbandingan faedah pelantikan tetap dan pelantikan kontrak;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy