Pelantikan

 1-5 Penetapan Gaji 12. Penetapan gaji permulaan adalah mengikut gaji akhir yang diterima tertakluk penetapan gaji kontrak sebelum ini adalah teratur. SYARAT PELANTIKAN SECARA TETAP 13. Pelantikan secara tetap pegawai kontrak adalah dengan syarat-syarat berikut: a) warganegara Malaysia; b) dilantik secara kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015; c) mempunyai tempoh perkhidmatan kontrak yang berterusan sekurang-kurangnya 15 tahun dan sekiranya terputus ia tidak melebihi enam (6) bulan antara suatu kontrak dengan kontrak yang baharu; d) sedang berkhidmat secara kontrak pada dan selepas 1 Julai 2016; e) sekiranya tempoh kontrak pegawai tamat sebelum atau pada 1 Julai 2016, pelanjutan/ pelantikan kontrak yang baharu selepas 1 Julai 2016 dibuat tidak melebihi 6 bulan daripada tarikh tamat kontrak terdahulu; f) berprestasi baik dengan markah prestasi terkini sekurang-kurangnya 80% dan ke atas; g) lulus tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan; h) melepasi tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; i) diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; j) diperaku untuk dilantik tetap oleh Ketua Jabatan berdasarkan keperluan perkhidmatan dan kepentingan organisasi; dan k) diperakukan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mengambil kira tapisan yang disyaratkan seperti lulus temuduga. 14. Pegawai dikecualikan daripada memenuhi syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan seperti kelayakan akademik dan syarat ukuran fizikal dan pancaindera serta lain-lain yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy