39 UP.1.1.8 Perkara Peraturan Sedia Ada Penambahbaikan Cuti Tanpa Rekod hendaklah : i. bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat (5.30 petang)2; dan ii. meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 5. Cuti Isteri Bersalin Tiada Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut: i. selama tujuh (7) hari Cuti Tanpa Rekod; ii. Cuti Tanpa Rekod bermula pada tarikh isteri bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat (5.30 petang)2; dan iii. dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan. 6. Kadar Maksimum Cuti Rehat Yang Dibenarkan Untuk Tujuan Pemberian Wang Tunai i. Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan bagi suatu kontrak adalah 8 hari atau ¼ daripada kadar Cuti Rehat setahun, mengikut mana yang lebih rendah, terhad kepada maksimum 75 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kontrak dengan Kerajaan. i. Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan adalah 15 hari atau ½ daripada kadar cuti rehat yang berkelayakan pada tahun berkenaan, mana yang lebih rendah, terhad kepada maksimum 75 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kontrak dengan Kerajaan. 2 Masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy