164 pada akhir bulan Jun dan Disember seperti format di Lampiran UP.1.1.7. 9. KPT dan JPA akan memantau urusan kelonggaran syarat had umur maksimum bagi pelantikan secara kontrak yang diluluskan oleh setiap IPTA bagi memastikan pelaksanaannya mengikut peraturan yang ditetapkan. PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011: Penurunan Kuasa Melulus Kelonggaran Syarat Had Umur Maksimum Bagi Pelantikan Secara Kontrak Di Institusi Pengajian Tinggi Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy