152 14. KPT bertanggungjawab untuk memantau bagi memastikan semua pelantikan kontrak oleh IPTA adalah teratur mengikut Ceraian ini dan peraturan pelantikan secara kontrak yang sedang berkuat kuasa. 15. KPT dan JPA akan membuat naziran ke IPTA bagi menentukan pelantikan yang dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan melalui Ceraian ini dan peraturan pelantikan secara kontrak yang berkuat kuasa. 16. Pelantikan secara kontrak pesara Kerajaan sebagai Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian di IPTA masih tertakluk kepada prinsip dan syarat yang terdapat dalam Ceraian UP.1.1.3. 17. Penurunan kuasa ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada peraturan yang ditetapkan atau apa-apa sebab yang diputuskan oleh Kerajaan. PENGECUALIAN 18. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA. PEMBATALAN 19. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008: Penurunan Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Kontrak Oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 20. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy