Perlantikan

 151 Akta 239 kerana memperoleh kewarganegaraan negara asing; (iv) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(f) Akta 227 atau Akta 239 kerana membuat pernyataan palsu; (v) pegawai yang bersara secara pilihan di bawah seksyen 12, Akta 227 atau Akta 239; (vi) pegawai yang bersara di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 kerana menyertai syarikat dalam penswastaan agensi awam; (vii) pegawai yang bersara di bawah subseksyen 11(a)(ii) atau seksyen 11(b)(ii) Akta 227 atau seksyen 11(b) Akta 239 kerana persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam; (viii) pegawai bukan warganegara yang telah berkhidmat secara kontrak melebihi tempoh 10 tahun termasuk di bawah PBM yang berlainan kecuali dengan kelulusan KDN seperti yang ditetapkan di perenggan 5 (xiii); (ix) pegawai yang telah mencapai had umur maksimum seperti yang telah ditetapkan pada perenggan 5 (vii); dan (x) pegawai yang disahkan tidak sihat oleh pengamal perubatan berdaftar. Am 12. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pelantikan secara kontrak seperti tarikh kuat kuasa pelantikan, Tarikh Pergerakan Gaji, Pergerakan Gaji Tahunan, elaun dan kemudahan, ganjaran, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, penamatan kontrak, pindaan syarat kontrak dan borang perjanjian kontrak hendaklah berdasarkan peraturan pelantikan secara kontrak dalam PP 2/2003 atau peraturan berkaitan yang berkuat kuasa. Pemantauan 13. Setiap IPTA yang menguruskan pelantikan secara kontrak melalui penurunan kuasa ini hendaklah mengemukakan maklumat secara berkala setiap 3 bulan kepada KPT dan JPA tidak lewat daripada minggu pertama bulan keempat seperti mana format di Lampiran UP.1.1.4(B).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy