150 yang sama boleh ditetapkan berdasarkan kepada prinsip seperti di perenggan 8 (i) dan 8 (ii). Pesara 9. Gaji permulaan kontrak yang boleh ditawarkan kepada pesara adalah mengikut prinsip berikut: (i) sekiranya gaji akhir sebelum bersara lebih rendah daripada mata gaji minimum jawatan yang ditawarkan gaji permulaan ditetapkan pada mata gaji minimum di P1; atau (ii) sekiranya gaji akhir itu lebih tinggi daripada mata gaji minimum tetapi masih rendah daripada mata gaji maksimum di P1, ianya ditetapkan pada mata gaji tertinggi berhampiran di P1 dengan gaji akhir tersebut; atau (iii) sekiranya gaji akhir sebelum bersara lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di P1 jawatan yang ditawarkan, gaji permulaan ditetapkan pada mata gaji maksimum di P1. 10. Gaji akhir yang dimaksudkan bagi penentuan gaji permulaan kontrak di atas ialah gaji akhir yang diterima sehari sebelum pegawai bersara dan bukan gaji yang telah diselaraskan untuk tujuan pencen berikutan keputusan Kerajaan mengkaji semula gaji dan saraan pegawai awam. Pelantikan Secara Kontrak Yang Tidak Dibenarkan 11. PBM IPTA tidak boleh melantik secara kontrak calon berikut bagi berkhidmat di IPTA: (i) pegawai yang dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(b) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] akibat daripada keputusan pegawai menolak pilihan berkhidmat dengan syarikat swasta atau agensi yang mengambil alih agensi awam tempat mereka berkhidmat dalam sesuatu urusan pengkorporatan atau penswastaan; (ii) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(d) Akta 227 atau Akta 239 atas kepentingan awam; (iii) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(e) Akta 227 atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy