147 (c) dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(b) atau 10(5)(c) Akta 227 atau Akta 239 tanpa melalui opsyen disebabkan oleh penghapusan jawatan / penyusunan semula agensi; (d) bersara di bawah seksyen 11(a)(i) atau seksyen 11 (b)(i) Akta 227 atau seksyen 11(a) Akta 239 atas kehendak Kerajaan; (e) bersara di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 kerana memasuki pertubuhan lain; atau (f) bersara di bawah peraturan pencen Angkatan Tentera Malaysia. (ix) calon di kalangan pesara yang hendak dilantik perlu mempunyai kompetensi yang sesuai dan prestasi yang baik berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan semasa dalam perkhidmatan sebelum beliau bersara; (x) calon yang dilantik secara kontrak mengisi gred kenaikan pangkat hendaklah mempunyai pengalaman serta memenuhi kriteria yang setara dengan pegawai lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke gred berkenaan. Pengisian secara kontrak ke gred kenaikan pangkat hanya boleh dibuat sekiranya tiada pegawai lantikan tetap sedia ada yang layak dinaikkan pangkat/ memangku ke gred berkenaan; (xi) calon yang dilantik secara kontrak ke gred lebih tinggi untuk mengisi jawatan pensyarah yang memperuntukkan lateral entry, IPTA hendaklah menentukan calon mempunyai pengalaman dan kriteria kecemerlangan yang setara dengan pegawai lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke gred berkenaan. Bagi pelantikan calon bukan warganegara, penetapan gred dan gaji permulaan hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkan seperti di Lampiran UP.1.1.4(A); (xii) pelantikan secara kontrak calon bukan warganegara hendaklah bagi bidang-bidang kritikal yang tiada calon warganegara yang sesuai serta calon berkenaan mempunyai kelayakan akademik, pengalaman dan kepakaran yang diperlukan. Bidang-bidang kritikal ini akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); (xiii) tempoh keseluruhan pelantikan secara kontrak pegawai bukan warganegara mestilah tidak melebihi 10 tahun termasuk di PBM yang berlainan. Sebarang pelantikan secara kontrak melebihi tempoh tersebut mestilah
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy