18 UP.1.1.3 6. PBM IPTA tidak boleh melantik secara kontrak pesara berikut bagi berkhidmat sebagai pensyarah di IPTA: i) pegawai yang dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(b) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] akibat daripada keputusan pegawai menolak pilihan berkhidmat dengan syarikat swasta atau agensi yang mengambil alih agensi awam tempat mereka berkhidmat dalam sesuatu urusan pengkorporatan atau penswastaan; ii) pegawai yang dibersarakan di bawah perenggan 10(5)(d) Akta 227 atau Akta 239 atas kepentingan awam; iii) pegawai yang dibersarakan di bawah perenggan 10(5)(e) Akta 227 atau Akta 239 kerana memperolehi kewarganegaraan negara asing; iv) pegawai yang dibersarakan di bawah perenggan 10(5)(f) Akta 227 atau Akta 239 kerana membuat pernyataan palsu; v) pegawai yang bersara secara pilihan di bawah seksyen 12, Akta 227 atau Akta 239; vi) pegawai yang bersara di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 kerana menyertai syarikat dalam penswastaan agensi awam; vii) pesara yang telah berumur 65 tahun dan ke atas; dan viii) pesara yang disahkan tidak sihat oleh pengamal perubatan berdaftar. 7. PBM IPTA dalam melaksanakan penurunan kuasa ini hendaklah memastikan semua peraturan yang berkuat kuasa dipatuhisepenuhnya. PEMANTAUAN 8. Setiap IPTA yang menguruskan pelantikan secara kontrak pesara melalui penurunan kuasa ini hendaklah mengemukakan maklumat secara berkala (bulanan) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak lewat daripada minggu pertama bulan berikutnya dengan menggunakan format seperti Lampiran UP.1.1.3.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy