Pelantikan

 1-94 LAMPIRAN I CONTOH BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK No. Rujukan Fail: PERJANJIAN INI adalah dibuat pada …… haribulan …………… tahun ……. di ANTARA KERAJAAN MALAYSIA (selepas ini disebut “Kerajaan” dan sebutan itu hendaklah termasuk mana-mana wakil Kerajaan yang diberi kuasa bertindak bagi pihak Kerajaan) sebagai satu pihak dengan ……………………………………. (selepas ini disebut “Pegawai”) sebagai pihak yang satu lagi. MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut: Pelantikan 1. Kerajaan hendaklah mulai dari ….. haribulan ……………… tahun ……… mengambil bekerja Pegawai dan Pegawai hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai seorang ……………………………………… selama Tempoh Perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang tersebut di bawah ini. Tempoh Perkhidmatan 2. Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Perjanjian ini Tempoh Perkhidmatan Pegawai (selepas ini disebutkan “Tempoh Perkhidmatan”) hendaklah berjalan terusmenerus selama …….. tahun / bulan; mulai dari …………….. hingga ….……………. .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy