Kemajuan Kerjaya

 1-24 Kriteria Kompetensi Penilaian • berupaya memberi inspirasi dan semangat kerja berpasukan dalam mencapai matlamat organisasi • bertindak sebagai pembimbing terhadap pasukan dalam memastikan kelestarian kepimpinan Kapasiti • berupaya menyampaikan mesej dengan bahasa yang tepat Komunikasi dan kontekstual, termasuklah kebolehan menangani kepelbagaian sisi pandang, mengurus pihak media secara berkesan yang pada akhirnya berupaya meraih sokongan kepada resolusi yang dikehendaki dan memelihara kepentingan negara • kebolehan menggunakan kaedah komunikasi secara berhemah dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang, struktur sosial dan budaya pihak yang didepani Kapasiti • bertindak secara proaktif dalam memanfaatkan peluang dan Tindakan menguruskan ancaman/risiko masa depan serta meletakkan sasaran yang melangkaui norma dalam usaha memacu penambahbaikan berterusan organisasi • keupayaan pegawai bertindak mengatasi atau menghadapi krisis dengan keputusan bijak dan tepat dalam masa yang singkat • keupayaan pegawai untuk mengekalkan tahap profesionalisme dan kawalan emosi apabila diprovokasi atau berhadapan dengan tekanan kerja yang meningkat • kecekalan dan ketahanan diri yang tinggi (perseverance and resilience) dalam meneruskan sebarang tindakan atau inisiatif apabila berhadapan dengan cabaran, tekanan kerja atau pengaruh negatif • mengutamakan nilai, etika dan integriti

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy