5 CERAIAN UP.6.1.1 PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menyediakan panduan mewujudkan Search Committee dan proses pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) yang lebih mantap terhadap mekanisme sedia ada dalam melaksanakan pemilihan pegawai di Gred 12 dan ke atas bagi mengisi mana-mana jawatan strategik. TAFSIRAN 2. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini: “Ketua Perkhidmatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan; “Ketua Setiausaha” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu kementerian; “Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP)” ertinya Suruhanjaya atau mana-mana Lembaga Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi sebagaimana yang ditubuhkan di bawah manamana peraturan yang berkuat kuasa; “jawatan strategik” ertinya jawatan tertinggi dalam sebuah kementerian/ jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan atau apa-apa jawatan lain yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah yang mempunyai skop fungsi sebagai peneraju, penentu visi, misi dan objektif/ hala tuju, perancangan dan penilaian, pelan strategik dan dasar, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber strategik yang melibatkan kewangan, modal insan dan harta modal; “Pelan Penggantian” ertinya satu perancangan menggunakan kaedah yang sistematik dalam mengenal pasti, menilai dan membangunkan keupayaan pegawai bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy