Kemajuan Kerjaya

 1-5 9. Program penilaian kepimpinan merangkumi perkara berikut: a) Tapisan Ketua Jabatan Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan tapisan kepada pegawai Kumpulan P&P seperti berikut: (i) pencapaian markah laporan penilaian prestasi tahunan sekurangkurangnya 90% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini; (ii) mencapai sekurang-kurangnya skor A dalam penilaian tahap potensi merangkumi keupayaan pemikiran, kepimpinan, komunikasi dan tindakan; dan (iii) syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan (sekiranya perlu). Pelaksanaan tapisan Ketua Jabatan adalah seperti di Lampiran B. Di samping kaedah pengenalpastian oleh Ketua Jabatan, pegawai yang berpotensi tinggi boleh mengemukakan permohonan untuk ke laluan fast track secara terus kepada JPA. b) Penilaian Pihak Ketiga Penilaian pihak ketiga dilaksanakan bagi menilai aspek kompetensi, potensi dan profil individu seperti di Jadual 1 berikut: Jadual 1: Fokus dan Program Penilaian Pihak Ketiga Bil Fokus Penilaian Program Penilaian 1 Kompetensi dan • Penilaian berpusat bagi menilai Potensi keupayaan pemikiran, keupayaan kepimpinan, keupayaan komunikasi dan keupayaan tindakan • Aspek penilaian lain juga boleh ditambah mengikut kesesuaian sesuatu skim perkhidmatan sebagai contoh kemahiran pengurusan, kemahiran

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy