Kemajuan Kerjaya

 1-3 c) Keupayaan Komunikasi Pegawai berinteraksi secara berkesan sama ada dengan stakeholder, penyelia, rakan sejawat dan pegawai di bawah seliaan, mempunyai tahap penguasaan bahasa yang baik serta mampu menyampaikan idea dan maklumat secara tepat dan jelas; d) Keupayaan Tindakan Pegawai meletakkan sasaran yang melangkaui kebiasaan dalam usaha memacu penambahbaikan berterusan organisasi, mengatasi atau menghadapi krisis dengan keputusan bijak dan tepat dalam masa yang singkat dan berupaya mengekalkan tahap profesionalisme dan emosi apabila berhadapan dengan tekanan; dan e) aspek penilaian lain yang ditetapkan oleh Kerajaan (sekiranya perlu). 6. Bagi maksud pertimbangan urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat di bawah laluan fast track, pegawai perlu melepasi semua tapisan dan penilaian yang ditetapkan sebelum dibawa ke pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP). 7. Keputusan program penilaian kepimpinan pegawai boleh digunakan bagi tujuan perancangan sumber manusia, pelan pembangunan berterusan, kesesuaian penempatan, peminjaman ke agensi antarabangsa atau syarikat swasta dan aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan kerjaya pegawai. KERANGKA PROGRAM PENILAIAN KEPIMPINAN 8. Program penilaian kepimpinan diwujudkan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, merangkumi tapisan Ketua Jabatan, penilaian pihak ketiga dan penilaian khas. Kerangka pelaksanaan program penilaian kepimpinan adalah seperti di Rajah 1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy