1-2 ‘program penilaian kepimpinan’ merujuk kepada program atau aktiviti pengukuran tahap kompetensi dan potensi seseorang pegawai yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan profil peribadi. PROGRAM PENILAIAN KEPIMPINAN 3. Program penilaian kepimpinan merupakan aktiviti pengukuran tahap kompetensi dan potensi seseorang pegawai yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan profil peribadi sebagai asas pertimbangan yang kukuh terhadap kemampuan dan kesesuaian pegawai untuk memikul tugas kepimpinan pada tahap yang lebih tinggi dan dimensi yang lebih kompleks dalam perkhidmatan awam. 4. Objektif program penilaian kepimpinan adalah: a) memastikan proses saringan untuk mengisi jawatan di gred yang lebih tinggi dilaksanakan secara lebih objektif dan berwibawa; b) membolehkan mekanisme pengiktirafan diberikan kepada pegawai yang terbukti mencapai tahap kepimpinan yang unggul; dan c) menggalakkan pembangunan diri menerusi pembelajaran berterusan. 5. Program penilaian kepimpinan yang dibangunkan mengandungi aspek penilaian seperti berikut: a) Keupayaan Pemikiran Pegawai memiliki perspektif menyeluruh dalam menilai sesuatu isu dan merumuskan penyelesaian jangka pendek atau jangka panjang, bijak dalam memahami dan menguruskan kepelbagaian punca kuasa, berkeupayaan membuat keputusan berimpak tinggi bagi mencapai objektif yang ditetapkan dan mempunyai ketangkasan pembelajaran yang tinggi; b) Keupayaan Kepimpinan Pegawai berupaya menetapkan hala tuju yang jelas serta menjadi katalis utama dalam memacu perubahan organisasi melalui penggemblengan potensi di setiap peringkat hasil daripada sokongan padu ke atas nilai dan gagasan yang diterajui, berketerampilan dan mempunyai jati diri, patriotisme dan profesionalisme yang tidak dipertikaikan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy