Kemajuan Kerjaya

 1-1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LALUAN KERJAYA SECARA PANTAS (FAST TRACK) TUJUAN 1. Garis panduan ini bertujuan menjelaskan kaedah laluan kerjaya secara pantas (selepas ini disebut sebagai laluan fast track) melalui program penilaian kepimpinan ke atas pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pelaksanaan laluan fast track dijelaskan melalui carta alir di Lampiran A. TAFSIRAN 2. Bagi maksud garis panduan ini: ‘jawatan strategik’ merujuk kepada jawatan tertinggi dalam sebuah kementerian/ jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan atau apa-apa jawatan lain yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah yang mempunyai skop fungsi sebagai peneraju, penentu visi, misi dan objektif/ hala tuju, perancangan dan penilaian, pelan strategik dan dasar, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber strategik yang melibatkan kewangan, modal insan dan harta modal; ‘kompetensi’ ertinya pengetahuan, kemahiran dan sahsiah yang perlu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sesuatu pekerjaan atau jawatan; ‘Lembaga Kenaikan Pangkat’ bermaksud Suruhanjaya atau mana-mana Lembaga Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara; ‘penempatan khas’ ertinya penempatan pegawai untuk mengisi sesuatu jawatan pada gred lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama bagi tujuan penilaian khas laluan fast track dan ia bukan bersifat kenaikan pangkat; ‘penilaian pihak ketiga’ ertinya satu penilaian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau Institut Latihan Awam/ pihak yang ditentukan oleh JPA; ‘potensi’ ertinya kemampuan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di gred yang lebih tinggi berasaskan kepada bakat dan kompetensi yang dimiliki; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy