2 3. Kerajaan juga berhasrat untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih dinamik dan responsif dengan memberi penekanan kepada pembangunan bakat, pengiktirafan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih fleksibel dan komprehensif. Pendekatan ini bukan sahaja akan menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan pegawai awam tetapi ia juga dapat memastikan perkhidmatan awam sentiasa bersedia menghadapi cabaran masa depan. Hal ini penting supaya perkhidmatan awam terus memainkan peranan utama dalam mencapai visi serta misi negara demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. PELAKSANAAN 4. Dasar dan peraturan berhubung dengan urusan pelaksanaan kemajuan kerjaya dalam perkhidmatan awam akan diperincikan dalam tiga (3) Ceraian seperti yang berikut: Kod Ceraian Tema UP.6.1 Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian UP.6.1.1 Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) Ceraian UP.6.1.2 Dasar Baharu Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus Ceraian UP.6.1.3 Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan TARIKH KUAT KUASA 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy