Kemajuan Kerjaya

 2-1 LAMPIRAN UP.6.1.2(B) PENJELASAN PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) DI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 1. Lampiran ini bertujuan memastikan pelaksanaan yang teratur oleh Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersetuju menerima pakai Ceraian UP.6.1.2: Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) dan Lampiran UP.6.1.2(A). 2. Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil tindakan berikut: i) Mematuhi tatacara seperti carta alir di Lampiran A; iii) Mengemukakan kertas cadangan penentuan bidang kepakaran seperti di Lampiran B; dan iii) Mematuhi tatacara kenaikan pangkat secara KUP selaras dengan surat edaran bilangan JPA(S)NP 134/8/1 Jld. 23 (13) bertarikh 18 Oktober 2010 seperti dilampirkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy