1 KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMAJUAN KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2024) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Kemajuan kerjaya dalam perkhidmatan awam merupakan salah satu fokus utama yang ditekankan dalam aspirasi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan semua pegawai awam diberikan peluang secara adil dan berstruktur untuk meningkatkan kecekapan, keupayaan, dan kepakaran mereka selaras dengan keperluan semasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy