Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 36 yang kosong pada gred setara dengan gred terakhir pegawai di laluan pakar bidang khusus. ELAUN DAN KEMUDAHAN 36. Pegawai Pakar Bidang Khusus layak menerima apa-apa elaun dan kemudahan pada gred yang disandang berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. 37. Pegawai Pakar Bidang Khusus layak untuk mengikuti program pembangunan bagi peningkatan kepakaran seperti Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) atau kursus jangka masa panjang dalam bidang kepakaran yang sama dengan bidang kepakaran yang diiktiraf kepada pegawai tersebut. 38. Pegawai Pakar Bidang Khusus juga boleh ditempatkan secara pertukaran sementara atau peminjaman tertakluk kepada bidang dan skop kerja dalam bidang kepakaran yang sama dengan bidang kepakaran yang diiktiraf kepada pegawai tersebut. 39. Mana-mana pegawai Pakar bidang Khusus yang terlibat seperti mana yang dinyatakan dalam perenggan 37 dan 38 adalah dianggap tidak terkeluar daripada laluan pakar bidang khusus dan dikecualikan daripada melaksanakan penugasan khas sepanjang tempoh tersebut. KAEDAH PELAKSANAAN 40. Carta alir dan senarai tugas urusan di bawah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus adalah seperti di Lampiran C1 dan Lampiran C2. PERTANYAAN 41. Sebarang pertanyaan berkenaan garis panduan ini, boleh hubungi: Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA E-mel : sme@jpa.gov.my

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy